Tuesday, May 28, 2013

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara dan berpijak di bumi nyata Allah ini. Hari ini juga genap 42 hari pemergian arwah Abah yang telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih menyayangi arwah abah dan inshallah kami akan berjumpa lagi Jannah.

Pemergian arwah abah merupakan pemergian yang mengejut bagi kami. Memang beliau sakit. Sakit yang tidak sampai sebulan dan tidak memudaratkan dari segi fizikal. Pedih. Memang pedih dugaan yang kami sekeluarga tempuh ini.

Namun, aku bersyukur kerana diberikan peluang bersama arwah abah selama seminggu aku bercuti dirumah. Mungkin tandanya sudah diberi cuma kita sebagai manusia takkan pernah terfikir dan tak terlintas langsung pasal mati.

Hari selasa pagi tu memang aku bercadang nak balik ke kampung dan dah buat temujanji pun dengan kawan-kawan. Tiba-tiba mak masuk bilik dan ckp

               "Abah tak pegi keje dik. Adik tayah balik kampung bole? Teman n jaga abah ye".
Aku
                "Ooo yeke. Ok adik teman abah".

Mak pun da siapkan makanan sume dan aku pun teman abah seharian tu. Tengok tv sama-sama. Hidangkan makan minum abah. Tanya abah nak apa-apa lagi tak. Oh ada satu hari tu sebelum aku nak keluar sekejap ke mamak, abah takde selera makan even mak dah masak. Abah mintak aku masakkan maggi ayam. Abah siap cakap

              "Menyusahkan adik je. Sory dik".

Mmg tak menyusahkan langsung sbb tu da mmg tanggungjawab walaupun masak maggi je.
Hari sabtu iaitu sehari sebelum aku balik ke sarawak, ptg tu abah nak keluar pegi minum. Abah ajak aku. Mulanya aku mcm taknak sbb penat baru balik dari konvo adi. Lepas tu aku fikir

              "Eh esok nak balik. Lagipun lama tak minum2 dgn abah ni".

Kita orang pun keluar la 2 orang dan abah sendiri yang drive. Bayangkan betapa sihatnya sampai boleh lagi drive, bawak aku jalan-jalan area rumah. Mana nak tau kan yg tu rupanya kali terakhir aku keluar bersama arwah Abah.

Pagi ahad tu, mak masak nasi lemak sebab mak teringin nak makan. Abah turun dapur je cakap tak lalu nak makan sbb mcm bau hanyir. Mungkin tak kena dgn tekak. Kita orang pun makan pagi tu satu family sbb abg n kakak aku yg akan hantar g airport. Abah pun duduk skali dan jamah sikit-sikit. Memang kita orang happy sangat borak-borak, gelak-gelak satu family. Memang mcm biasa. Dah habis gelak-gelak tu tetiba abah cakap

                "Nanti adik balik abah takde da"

Semua diam.

Kenapa abah cakap mcm ni. Tak syok la kan. Aku nak balik da ni. Belum salam dah syahdu. mcm gitu la masa tu aku fikir. Lepas makan, siap-siap nak pegi dah. Tapi aku rasa lain sangat hari ahad ni. Memang selalu nak balik mesti aku nangis tapi yang ni menangisnya lain sangat. Tersedu-sedu yang teramat. Masa salam abah, abah nangis, aku nangis. Aku peluk sambil cakap

             "Jaga diri bah. Adik sayang abah".

Memang abah nangis. Sedih sangat masa ni. Abah tak keluar rumah pun nak tengok aku pergi. Sampai dalam kereta pun aku still toleh blakang nak tengok kot-kot abah keluar ke tak. Lepas tu abang aku tegur

                "Kenapa kau beria-ria nangis dik? Kita orang dulu tade pun mcm ni".

Aku pun cakap la

               "Sedih. Sedih sangat sebab abah nangis skali. Abah tapernah nangis depan kita".

Sehari sebelum masanya,

Petang tu aku tergerak nak telefon abah tapi abah tak angkat. Telefon mak, baru dapat cakap dengan abah. tanya tengah buat ape, jaga diri, dan semua-semua lah yang selalu aku tanya. Memang tu lah kali terakhir dan paling akhir aku bercakap dengan abah. Allah.

Esoknya.

Dalam pukul 11 along call. Suara along sangat serius dan intro nya

             "Adik, along harap adik sabar dan terima berita ni.......... Abah dah meninggal"

Masa ni aku mampu meraung meraung dan meraung. Aku tak mampu nak hadapi dugaan ni. Tak mampu. Perkataan meninggal tu sangat berat untuk aku terima apatah lagi menyebutnya.

Jam 2 petang aku naik flight dan sampai rumah betul-betul pukul 5. Masa ni memang Allah tak tahu nak terangkan mcm mana perasaan bila nampak sekujur tubuh terbaring menghadap kiblat. Insan yang paling kita sayang dah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Dan tersedar bila paklong suruh tengok wajah abah. Allah. Bersihnya muka abah. Tiada celanya. Selepas tu, kami sekeluarga mencium pipi arwah abah untuk kali terakhir. Allah. Masa ni airmata tak henti-henti mengalir apatah lagi masa nak cium tu. Wanginya abah. Sejuknya pipi abah.

Alhamdulillah upacara pengebumian berjalan dengan lancar dan selamat semuanya. Masa jenazah abah di bilik forensik tengah hari tu, alhamdulillah ramai yang datang melawat dan ucapkan takziah. Tahlil kami buat selama 3 hari dan Ya Allah. Aku tak tahu apa kebaikan yang telah arwah abah lakukan sehingga malam pertama tahlil tu terlalu ramai yang datang sampai tak muat nak duduk. Allah Allah Allah. Ramai juga saudara-saudara sebelah abah yang datang. Rezeki arwah abah sehingga malam ke 3 tahlil pun keadaan masih sama. Siang pun sama. Orang tak putus-putus datang dari pagi hingga ke malam untuk ucapkan takziah. Bersyukur dan semua tu kuasa Tuhan. Hanya DIA yang mengetahui hikmahnya.

Semoga Allah memberikan kami iaitu Mak, Along, Abeloi dan Aku kesabaran, ketabahan dan redha dengan dugaan yang diturunkan kepada keluarga kami. Semoga kami  diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan akan datang dengan lebih baik walaupun tanpa bapa kami dan suami kepada mak. Mak lah penguat kami adik-beradik sekarang. Inshallah kami akan cuba yang terbaik untuk menjaga dan memberikan mak kasih sayang dan membalas jasa mak. Walaupun sedih sebab abah tak pernah lagi dtg ke sarawak untuk melihat tempat belajar aku, tapi aku pasti abah sudah mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Amin.


Alfatihah - Mohd Sulaiman bin Majid

No comments: