Thursday, January 19, 2017

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah/Simple

Haiii semua. Yeayy update pasal resipi lagi. ahakss. So harini didi nak share resepi nasi goreng kampung mudah dan enak di makan. Mudah je u olls.

Selalu nasi goreng kampung ni bila pedas-pedas baru kick. Tapi ikut citarasa masing-masing. Nak kick ke, nak tergolek ke pedas tu haaa letak la 10 biji cili api pun boleh. Hahaha. Pattern didi ni kan, didi suka sediakan bahan-bahan dulu pastu baru masak diselang seli kan dengan basuh pinggan Hihihi. Ada sesetengah orang pulak sambil potong carrot, bawang dh jalan dulu. Haa betapa tangkasnya orang tu dibandingkan dengan didi yang amatur ini. Ayuh lah kita berhuhuhu.

Jom check it out bahan-bahan yang perlu korang buat dulu.

Bahan-bahan:




Nasi putih (ikut nak bape pot)

Bawang merah besar sebiji (ditumbuk)

Bawang putih 3-4 ulas (ditumbuk)

Ikan bilis setengah genggam (ditumbuk)

Ikan bilis segenggam (digoreng)

Cili api 6-8 biji (Ditumbuk. ikut suka tahap kepedasan yang diinginkan)

Cili merah sebiji (dihiris nipis)

Sayuran:   Carrot 1/2 batang (dipotong nipis supaya cpt lembut  
Kangkung (ikut suka nak byk mana)

Kicap atau sos tiram

Cara-cara:

Goreng ikan bilis dulu. Api kecik je supaya ikan bilis tu garing cantik and crunchy.

    Masukkan bawang merah dan putih (Tumis sampai naik bau)

                                              Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk (Tumis)

                                               Masukkan cili padi yg telah ditumbuk (Tumis)

                                                          Masukkan cili merah (Tumis)
 
.

Dah cantik tumisan tu, masukkan carrot (Tumis)


Agak2 dah oke, masukkan pulak kangkung (Tumis)

Masa tumis kangkung ni, masukkan garam n sedikit kicap tau. pastu tumis lg

Dah cantik tumisan tu, masukkan nasi dan goreng sampai masak

Sambil-sambil tu rasa la sikit nasi kut tawar ke kan hiks.

Done.


TADAAAA!!! SIAP!!

Moh ler makan ya. Jumpa lagi di resepi seterusnya. Bye.

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Bihun Goreng Bujang dan Mudah

Haii. Harini didi nak share resipi terlajak bujang iaitu bihun goreng bujang dan mudah. Hahaha klise nya menu kan tapi benda ni la korang senang nak buat hokayy. Jangan malas untuk perut tu hiks.

Bahan-bahannya mudah je. Masa mula-mula nak buat dulu dok pikir renyah nak buat bihun goreng kan. Tapi senang je rupanya. Didi tak suka sayur jadi takde sayur dalam bihun pun hokay. Hahaha

Oke jom check it out bahan-bahan dan cara-cara buat bihun.

Bahan-bahan:

  • Bihun (brand sukahati u olls)
  • Bawang merah besar untuk dihiris
  • Bawang saiz sedang-sedang untuk ditumbuk
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Cili kering di blend (ikut suka nak byk mana. lg byk lg pedas la kan)
  • Udang kering (direndam dulu n baru ditumbuk. setengah genggam pun cukup)
  •  Ikan bilis (direndam dulu n ditumbuk. setengah genggam pun okay)
  • Ayam (ikut nak byk mana hokay. slalu didi buat semua isi ayam n takde tulang)
  • *nak letak daging,sotong,udang pun boleh. 
  • Sayuran (lobak,kobis,kangkung pun boleh)

Cara-cara:

  •  Rendam bihun dan toskan siap2 supaya bihun tak lembik sangat masa nk menggoreng.
  • Tumis bawang yang telah dihiris dahulu
  • Dah naik bau, masukkan pula bawang merah n putih yg dh ditumbuk. Tumis.
  • Dah cantik tumisan tu, masukkan pulak udang kering n ikan bilis. Tumis lagi
  • Masukkan hirisan ayam dan tumis bersama bahan yang ditumbuk
  • Dah agak2 cantik n garing, masukkan pula cili yang telah di blend tadi. Tumis.
  • Sambil tumis cili kering tu, masukkan garam, sikit gula n kicap. Tumis sampai minyak pecah
  • Pastu masukkan bihun yang dh di tos. Goreng sampai rata. Dalam masa yg sama masukkan sekali sayuran dan goreng bersama bihun.
  • Hidangkan. 
Yeayyy dah pun siap. Boleh la dihidangkan bersama yang terchenta.




Friday, January 13, 2017

Resepi Tomyam Mudah dan Simple

Halo. Lama sangat dah meninggalkan alam blog ni. Kini diriku kembali untuk berkongsi resipi bujang yang mudah tapi sedap. Hahaha.

Resipi harini adalah Tomyam Ayam Bujang!! Tapi menu yang korang nak buat mestilah sesuai untuk kanak-kanak makan (kalau ada) seperti tak terlalu pedas. So lets check it out ;)

BAHAN-BAHAN:

1) Ayam 1/4 ekor (dipotong kecik-kecik)

2) Perencah tomyam (selalunya saya pakai cap adabi hee)

3) Daun limau 3 keping

4) Bawang merah besar 1 biji

5) Tomato 1 biji (nak lebih pun takpe bagi merah-merah kuah tu)

6) Serai 2 batang (diketuk hujungnya)

7) Limau kecik-kecik 4 biji (sebab suka masam-masam. yumm)

8) Cili padi 4 - 5 biji (ikut suka nak pedas mana hokay)

9) Carrot dihiris nipis (supaya cepat lembut)

10) Cauliflower

CARA-CARA:

1) Panaskan kuali. Kemudian tumis bawang

2) Dah separuh tumis, masuk ayam yang dah di tos kan airnya. Tumis dgn bawang

3) Masukkan air. Ikut suka nak banyak mana untuk kuah

4) Dah mendidih sikit, masukkan perencah tomyam korang. Kacau.

5) Kemudian masukkan sayuran, serai, cili padi, daun limau. Kacau sikit and biar ia mendidih.

6) Sambil mendidih tu, masukkan garam hokay. Kalau suka manis, letakkan sikit gula. Kacau.

7) Lepas tu perah limau korang untuk rasa masam-masam. Kacau.

8) Last skali masukkan tomato. Tomato kena masuk last supaya tomato tu segar di makan/dihirup bersama kuah tomyam. Yummm.

9) Hidangkan. Yeayy dan boleh la u olls makan.



P/S: Gambar takde. Next time okayy. Hiks


Tuesday, May 28, 2013

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah masih lagi diberikan peluang untuk menghirup udara dan berpijak di bumi nyata Allah ini. Hari ini juga genap 42 hari pemergian arwah Abah yang telah pergi meninggalkan kami. Allah lebih menyayangi arwah abah dan inshallah kami akan berjumpa lagi Jannah.

Pemergian arwah abah merupakan pemergian yang mengejut bagi kami. Memang beliau sakit. Sakit yang tidak sampai sebulan dan tidak memudaratkan dari segi fizikal. Pedih. Memang pedih dugaan yang kami sekeluarga tempuh ini.

Namun, aku bersyukur kerana diberikan peluang bersama arwah abah selama seminggu aku bercuti dirumah. Mungkin tandanya sudah diberi cuma kita sebagai manusia takkan pernah terfikir dan tak terlintas langsung pasal mati.

Hari selasa pagi tu memang aku bercadang nak balik ke kampung dan dah buat temujanji pun dengan kawan-kawan. Tiba-tiba mak masuk bilik dan ckp

               "Abah tak pegi keje dik. Adik tayah balik kampung bole? Teman n jaga abah ye".
Aku
                "Ooo yeke. Ok adik teman abah".

Mak pun da siapkan makanan sume dan aku pun teman abah seharian tu. Tengok tv sama-sama. Hidangkan makan minum abah. Tanya abah nak apa-apa lagi tak. Oh ada satu hari tu sebelum aku nak keluar sekejap ke mamak, abah takde selera makan even mak dah masak. Abah mintak aku masakkan maggi ayam. Abah siap cakap

              "Menyusahkan adik je. Sory dik".

Mmg tak menyusahkan langsung sbb tu da mmg tanggungjawab walaupun masak maggi je.
Hari sabtu iaitu sehari sebelum aku balik ke sarawak, ptg tu abah nak keluar pegi minum. Abah ajak aku. Mulanya aku mcm taknak sbb penat baru balik dari konvo adi. Lepas tu aku fikir

              "Eh esok nak balik. Lagipun lama tak minum2 dgn abah ni".

Kita orang pun keluar la 2 orang dan abah sendiri yang drive. Bayangkan betapa sihatnya sampai boleh lagi drive, bawak aku jalan-jalan area rumah. Mana nak tau kan yg tu rupanya kali terakhir aku keluar bersama arwah Abah.

Pagi ahad tu, mak masak nasi lemak sebab mak teringin nak makan. Abah turun dapur je cakap tak lalu nak makan sbb mcm bau hanyir. Mungkin tak kena dgn tekak. Kita orang pun makan pagi tu satu family sbb abg n kakak aku yg akan hantar g airport. Abah pun duduk skali dan jamah sikit-sikit. Memang kita orang happy sangat borak-borak, gelak-gelak satu family. Memang mcm biasa. Dah habis gelak-gelak tu tetiba abah cakap

                "Nanti adik balik abah takde da"

Semua diam.

Kenapa abah cakap mcm ni. Tak syok la kan. Aku nak balik da ni. Belum salam dah syahdu. mcm gitu la masa tu aku fikir. Lepas makan, siap-siap nak pegi dah. Tapi aku rasa lain sangat hari ahad ni. Memang selalu nak balik mesti aku nangis tapi yang ni menangisnya lain sangat. Tersedu-sedu yang teramat. Masa salam abah, abah nangis, aku nangis. Aku peluk sambil cakap

             "Jaga diri bah. Adik sayang abah".

Memang abah nangis. Sedih sangat masa ni. Abah tak keluar rumah pun nak tengok aku pergi. Sampai dalam kereta pun aku still toleh blakang nak tengok kot-kot abah keluar ke tak. Lepas tu abang aku tegur

                "Kenapa kau beria-ria nangis dik? Kita orang dulu tade pun mcm ni".

Aku pun cakap la

               "Sedih. Sedih sangat sebab abah nangis skali. Abah tapernah nangis depan kita".

Sehari sebelum masanya,

Petang tu aku tergerak nak telefon abah tapi abah tak angkat. Telefon mak, baru dapat cakap dengan abah. tanya tengah buat ape, jaga diri, dan semua-semua lah yang selalu aku tanya. Memang tu lah kali terakhir dan paling akhir aku bercakap dengan abah. Allah.

Esoknya.

Dalam pukul 11 along call. Suara along sangat serius dan intro nya

             "Adik, along harap adik sabar dan terima berita ni.......... Abah dah meninggal"

Masa ni aku mampu meraung meraung dan meraung. Aku tak mampu nak hadapi dugaan ni. Tak mampu. Perkataan meninggal tu sangat berat untuk aku terima apatah lagi menyebutnya.

Jam 2 petang aku naik flight dan sampai rumah betul-betul pukul 5. Masa ni memang Allah tak tahu nak terangkan mcm mana perasaan bila nampak sekujur tubuh terbaring menghadap kiblat. Insan yang paling kita sayang dah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Dan tersedar bila paklong suruh tengok wajah abah. Allah. Bersihnya muka abah. Tiada celanya. Selepas tu, kami sekeluarga mencium pipi arwah abah untuk kali terakhir. Allah. Masa ni airmata tak henti-henti mengalir apatah lagi masa nak cium tu. Wanginya abah. Sejuknya pipi abah.

Alhamdulillah upacara pengebumian berjalan dengan lancar dan selamat semuanya. Masa jenazah abah di bilik forensik tengah hari tu, alhamdulillah ramai yang datang melawat dan ucapkan takziah. Tahlil kami buat selama 3 hari dan Ya Allah. Aku tak tahu apa kebaikan yang telah arwah abah lakukan sehingga malam pertama tahlil tu terlalu ramai yang datang sampai tak muat nak duduk. Allah Allah Allah. Ramai juga saudara-saudara sebelah abah yang datang. Rezeki arwah abah sehingga malam ke 3 tahlil pun keadaan masih sama. Siang pun sama. Orang tak putus-putus datang dari pagi hingga ke malam untuk ucapkan takziah. Bersyukur dan semua tu kuasa Tuhan. Hanya DIA yang mengetahui hikmahnya.

Semoga Allah memberikan kami iaitu Mak, Along, Abeloi dan Aku kesabaran, ketabahan dan redha dengan dugaan yang diturunkan kepada keluarga kami. Semoga kami  diberikan kekuatan untuk menempuhi kehidupan akan datang dengan lebih baik walaupun tanpa bapa kami dan suami kepada mak. Mak lah penguat kami adik-beradik sekarang. Inshallah kami akan cuba yang terbaik untuk menjaga dan memberikan mak kasih sayang dan membalas jasa mak. Walaupun sedih sebab abah tak pernah lagi dtg ke sarawak untuk melihat tempat belajar aku, tapi aku pasti abah sudah mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Amin.


Alfatihah - Mohd Sulaiman bin Majid

Saturday, March 2, 2013

nothing special to share with

Assalamualaikum =)

*RANDOM*

merenung ke luar jendela. kolej sunyi. dapat voucher buku diiringi keindahan keluarnya duit ptptn. semua lesap. kereta sewa pun sold out. hari yang panas. sidai kain sejam pun da kering. Grrrrr.......

Baru 2 minggu kelas je ni tapiiii da homsik balik. Ape kes? Lagi sadiss bulan 4 kamik sik balik. Tabah tengok orang berpusu-pusu membeli tiket flight dengan harga yang begitu munasabah katanya. Aku pulak tengok tanpa perasaan. Saja nak tengok kecekalan hati ini mampu bertahan ke idak. Motipppp sangat

Rumah masih sama. rak kasut masih sama. ampaian masih sama. meja makan masih sama. bilik sahaja yang bertukar. kalini aku da ada roomate. niza. dulu berjiran bilik kini serumate. sefakulti. sekelas. berlainan kos sahaja. chemistry yang bagus. lalalalaa pelajaran baru bila berumate:  da taboleh men campak campak barang kat katil sebelah. ok itu aje.

Kelas aku kalini pun agak tak berapa balance sebab hari isnin,rabu dan jumaat hanya satu kelas. manakalanya hari selasa 3 kelas dan hari khamis 4 kelas. Why is that happen woman??? kecelaruan emosi disitu.


bilik yang lain tapi posisi katil masih sama *khidmat ipodcam*


Terima kasih buang masa baca blog titew. Okbai

Thursday, January 17, 2013

Sebulan

Assalamualaikum =)

Yeayyy saat yang ditunggu-tunggu semakin hampir. Ahaksss apekah? Mestilah balik ghumah. gegege 74 hari tau tak balik. Sedih hatiku =\
Tapi takpelah. esok balik da wei. Aku bersyukur adanya cuti ni walaupun sebulan. Akan ku gunakan sebaik mungkin dan sepenuh jiwa ragaku. ahahah gitewww ken. Tapi biasalah. nak senang lenang mestilah ada dugaan dan rintangan. ye dok? Final Exam.
Kalau nak tau, kelemahan aku dari zaman skolah dolu-dolu masa nak exam je MESTI neves giler babas. Siyes tak tipu. terbawak-bawak sampai sekarang. Dulu paling obvious tahap kenevesan aku adalah kekerapan ke toilet dan buang air besor. YESS. malunyehh hahaha tu la dia. tapi korang pun mesti ade jugak mcm ni kan? tayah nak tipu ar  *cover malu* hikhikhik  tapi sekarang ni tanda-tanda neves aku da beralih arah kepada simptom tak boleh tido. Sopan sikit la dari yang dolu-dolu tu tapi ade jugak yg dolu-dolu tu dtg balik ahaaa Bila da masuk ke alam universitas ni, kadang-kadang tu memang tak tido. Kalau tido pun,tido ayam-ayam je. Neves nak exam wa cakap lu. aku pikir aku risau risau risau ape yg aku baca akan lupa dan blank. Derrrr So far, setakat ni tapenah lagi la blank sampai taboleh jawab. Setakat lelupa tu bese la kan heee Orang menghafal mcm aku mcm gini la. Berisiko nak lupa tu sangat tinggi ahahah
Emm sepanjang pemerhatian aku 1 semester ni, jalan terbaik untuk hilangkan neves dan kuatkan ingatan untuk diri aku selain makan kismis dan suplemen2 korang tu ialah recites Al-Quran dan mantopkan 5 waktu anda. =) Bunyi klise. Tapi bila da aku duduk sorang2 dlm bilik ni,haruslah aku fikir mcm2. merenung masa depan. ahahaha Sekarang ni bila aku habis study je, aku lek lek jap pastu baca lah al-quran. at least 1 page. mesti korang akan rasa mcm emmm u know rasa lega like that lah. pastu selang-seli lah dgn mathurat. Betapa powernya nama-nama Allah sampai kau akan rasa something different and motivated. Motivated yang bagi aku percaya dengan qada qadar dan tawakkal. Kau da buat da study da usaha sehabis baik. Ada hikmah setiap apa yang berlaku, So think positive and believe in yourself my dear. Last but not least, titipkan doa diatas setiap sajadahmu dan setiap perbuatanmu. Diriku juga sedang mencari diri didalam diri sendiri dan semoga ditunjukkan laluan yang benar. Inshallah =) Sekadar perkongsian. tapayah nak temasuk sangat  ihikk

p/s: Semoga perjalanan pulang ke Semenanjung esok diberkati dan selamat sampai. Amin


Packing time. Love packing-packing. Dislike unpacking2 hahah betulnya bi kau

 
Yeayyy nak hanto kat store da yang ni. Tingkat 3 pulak. Bechenta aku nak naik



Wassalam

Sunday, January 13, 2013

Sukarelawan Part 2 =)

Assalamualaikum =)

Yeeee memang lama gila tertunda nye. Da basi pun. Hahaha ade aku kisah? sarkastik sangat kau madi. hee Bizi exam. Nak post pun serba salah tapi online pesbuk gua lek je. =p

Yess ini sambungan daripada  Part 1 =). 
Kalau rasa-rasa mcm menda ape aku cite ni bole rujuk INI.
Jadi aktiviti kami ptg tu start pukul 2. Aktiviti ni bersama dengan adik-adik Kampung Semadang. Range umur 5 sampai 16 tahun. Yang 16 tahun tu sorang je pong. Kalau nak tau, nama adik-adik ni sangat glamer wehhh. Paling aku ingat mestilah Gwen Stefani. Kau hado? Nampak tak pengaruh media massa disitu. Hahaha Tapi memang Kampung Semadang 100% Kristian =)  Dan agak sedih jugak la sebab nama yang daftar sangat ramai tapi end up dalam 50 orang je yg datang. Tapi takpe bha. Memang sudah diingatkan untuk menghadapi kemungkinan mcmni bha. Heee mcm kes banjir puloks. Kemungkinan Kemungkinan =p Oh ye, untuk aktiviti ni kami mmg da bahagikan 4 kumpulan iaituuu Readers,Alam Sekitar,Safety and Health dan IT.

 Sesi membahagikan adik-adik dalam kumpulan akak-akak dan abang-abang. Memandangkan bilangan yg sedikit,kami guna cara lama iaituu selang-seli masukkan dorg dlm 4 kumpulan.

 Q dulu ye. Akak nak agih2 niii -,-

 Ni adik-adik dlm group aku Safety and Health. So pbsm la jwbnye ahahaherr Ni slh satu aktivit group kami. Terangkan cara2 nk pakai bandage,kenalkan brg2 dlm safety box tu dan lain2 =)


 Ada jugak yang memalu bila disuruh ke depan. Tapi paksa jugak. Bwekkk =p

 Ni abe khairul yg kami ingat pendiam je. Skali dpt becakap,sejibik zizang. tapi versi sabah bha =p


 Ni pulak adik-adik dlm group Readers rasanya. tak pasti pulak kamik. Tapi mse ni dorang tgh potong-potong kain perca buat frame gambo. Ikut kreativiti. Mmg kreatif. Tak tipu =)


 Ni pulak dari group Alam Sekitar. Aktiviti buat frame jugak tp gunakan kotak. Recycle cenggitu la. Pun cantik jugak. Teringat zaman skola rendah dulu. Cikgu seni rajin suh buat ni. Hasilnya haruslah cantik kan >,<

 Tapi aktiviti dorang yg ni tade hadiah pun. Cuma nanti kteorang pamerkan je =)

Habis utk aktiviti ptg tu dengan adik-adik. Sebelah malam pulak aktiviti sukarelawan je. Dengar pengalaman super senior sukarelawan iaitu En Hamzah. Kagum aku dgr cite dia. Umur baru emmm x ingat tp memang bawah 35 tahun da byk sangat pengalaman dia. Sangat banyak sangat luas. Penah jadi jurulatih plkn,bekas pemain bola sarawak,wakil skateboard peringkat asia,penah buat aktiviti sukarelawan kat Madinah, dapat anugerah Ikon Belia peringkat kebangsaan dan byk lg la. Tp skrg mmg fulltime sukarelawan n kdg2 org bomba or polis akan panggil dia utk cari mayat hilang. hehehe 

Esoknye,pukul 3.30 pagi kami sume kena bangun secara tiba-tiba. Motipppp? Nak biasakan dgn keadaan yg akan berlaku secara tiba-tiba mcm tanah runtuh ke,banjir kilat ke,gempa bumi ke. Tu kalau kami ikut misi-misi yg mcm tu la. Tapi boleh tahan ngantuk la jugak. Sejam buat aktiviti. Memey pejam la mata aku -,-

Last aktiviti sebelum penutup pula mula pukul 10 pg. Aku ikut aktiviti melawat dan memberi hamper kepada orang tua uzur dan oku lead by Encik Affan. Gain new experience. Sangat teruja =)  

Rumah pertama kami pergi ialah rumah nenek uzur tapi berbangsa Kristian. Umur nenek 85 tahun. Lumpuh sebelah kaki kanan. Ade penyakit jantung. Da 10 tahun sakit tp dlm beberapa bulan ni nenek bole tebaring je sbb bila duduk nenek akn melurut jatuh. Osteoporisis gitu. Tapi kalau masuk bilik nenek,ubat sangat banyak dan TIADA BAU. Sangat well-care by anak n cucu dia. Tetiba tepikir mcm mana nasib aku bila da tua nanti.... *Insap*
  

 Otw =)

 Sampai sudah =)
 En Affan with nenek. Tapi nenek tido lg bha mse ni.

 Nampak tak ciri-ciri Sukarelawan kat situ?? >o,o<

 Baju Biru: Cucu nenek yg jaga dia.

 Ni pulak rumah kedua kami. Pesakit OKU. Down Syndrome. Sedih jugak tengok dia ni sebab abang dia tak jaga betul-betul. Tapi dok mintak duit je. Katanya utk adik dia ni tp tak jaga pun.
 Kuku dia panjang. Tak dipotong. Boleh jangkit kuman. Gigi dia tak bejaga. tak pasti gosok ke tak. Sedih aku tgk masa ni. Err habit dia suka jilat2 ibu jari kanan hehehe. Cuba teka umur dia brape? Emm 36 tahun =)

 Turn Kak Niza pula memberi hehehe =)

 Orang kampung cakap ni padi. Errr kurang pasti.

 House of Sarawakian versi moden hehehe =)

 On daa wayy to daa river lalalalaaa

 Muka tu boleh lagi ketat tak niza?? =p

 Here we are !!!!!!!!!
 Awesome Peace Love !!
 Gamba timee ehemm >,<
by the way, blakang bawah batu kapur tu air dia sedalam 30 ft below. Scaryyy

 The Scenery


 oh itu ketua kampungnyee. Baju merah.

 The Scenery.

 Baju rasmi heheh nak balik da =(

 Hahahah adik-adik ni tetiba je dtg terus belek ipod ku. Then kami pun begambo lah. kenangan hihihi =)

 Picture of the day. Leo kesayangan syu =p

Thats it for aktiviti sukarelawan. Kalau tengok gamba part sukarela tu sikit sangat pun. Yang byk nye begambo dan bejimba-jimba hahaha tapi lek lek suda. hahah 

Thanks for viewing my blog. Love youu =)
Jazakallah Khairan.