Tuesday, January 17, 2017

Resepi Bihun Goreng Bujang dan Mudah

Haii. Harini didi nak share resipi terlajak bujang iaitu bihun goreng bujang dan mudah. Hahaha klise nya menu kan tapi benda ni la korang senang nak buat hokayy. Jangan malas untuk perut tu hiks.

Bahan-bahannya mudah je. Masa mula-mula nak buat dulu dok pikir renyah nak buat bihun goreng kan. Tapi senang je rupanya. Didi tak suka sayur jadi takde sayur dalam bihun pun hokay. Hahaha

Oke jom check it out bahan-bahan dan cara-cara buat bihun.

Bahan-bahan:

  • Bihun (brand sukahati u olls)
  • Bawang merah besar untuk dihiris
  • Bawang saiz sedang-sedang untuk ditumbuk
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Cili kering di blend (ikut suka nak byk mana. lg byk lg pedas la kan)
  • Udang kering (direndam dulu n baru ditumbuk. setengah genggam pun cukup)
  •  Ikan bilis (direndam dulu n ditumbuk. setengah genggam pun okay)
  • Ayam (ikut nak byk mana hokay. slalu didi buat semua isi ayam n takde tulang)
  • *nak letak daging,sotong,udang pun boleh. 
  • Sayuran (lobak,kobis,kangkung pun boleh)

Cara-cara:

  •  Rendam bihun dan toskan siap2 supaya bihun tak lembik sangat masa nk menggoreng.
  • Tumis bawang yang telah dihiris dahulu
  • Dah naik bau, masukkan pula bawang merah n putih yg dh ditumbuk. Tumis.
  • Dah cantik tumisan tu, masukkan pulak udang kering n ikan bilis. Tumis lagi
  • Masukkan hirisan ayam dan tumis bersama bahan yang ditumbuk
  • Dah agak2 cantik n garing, masukkan pula cili yang telah di blend tadi. Tumis.
  • Sambil tumis cili kering tu, masukkan garam, sikit gula n kicap. Tumis sampai minyak pecah
  • Pastu masukkan bihun yang dh di tos. Goreng sampai rata. Dalam masa yg sama masukkan sekali sayuran dan goreng bersama bihun.
  • Hidangkan. 
Yeayyy dah pun siap. Boleh la dihidangkan bersama yang terchenta.




No comments: