Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, January 19, 2017

Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah/Simple

Haiii semua. Yeayy update pasal resipi lagi. ahakss. So harini didi nak share resepi nasi goreng kampung mudah dan enak di makan. Mudah je u olls.

Selalu nasi goreng kampung ni bila pedas-pedas baru kick. Tapi ikut citarasa masing-masing. Nak kick ke, nak tergolek ke pedas tu haaa letak la 10 biji cili api pun boleh. Hahaha. Pattern didi ni kan, didi suka sediakan bahan-bahan dulu pastu baru masak diselang seli kan dengan basuh pinggan Hihihi. Ada sesetengah orang pulak sambil potong carrot, bawang dh jalan dulu. Haa betapa tangkasnya orang tu dibandingkan dengan didi yang amatur ini. Ayuh lah kita berhuhuhu.

Jom check it out bahan-bahan yang perlu korang buat dulu.

Bahan-bahan:




Nasi putih (ikut nak bape pot)

Bawang merah besar sebiji (ditumbuk)

Bawang putih 3-4 ulas (ditumbuk)

Ikan bilis setengah genggam (ditumbuk)

Ikan bilis segenggam (digoreng)

Cili api 6-8 biji (Ditumbuk. ikut suka tahap kepedasan yang diinginkan)

Cili merah sebiji (dihiris nipis)

Sayuran:   Carrot 1/2 batang (dipotong nipis supaya cpt lembut  
Kangkung (ikut suka nak byk mana)

Kicap atau sos tiram

Cara-cara:

Goreng ikan bilis dulu. Api kecik je supaya ikan bilis tu garing cantik and crunchy.

    Masukkan bawang merah dan putih (Tumis sampai naik bau)

                                              Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk (Tumis)

                                               Masukkan cili padi yg telah ditumbuk (Tumis)

                                                          Masukkan cili merah (Tumis)
 
.

Dah cantik tumisan tu, masukkan carrot (Tumis)


Agak2 dah oke, masukkan pulak kangkung (Tumis)

Masa tumis kangkung ni, masukkan garam n sedikit kicap tau. pastu tumis lg

Dah cantik tumisan tu, masukkan nasi dan goreng sampai masak

Sambil-sambil tu rasa la sikit nasi kut tawar ke kan hiks.

Done.


TADAAAA!!! SIAP!!

Moh ler makan ya. Jumpa lagi di resepi seterusnya. Bye.

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Bihun Goreng Bujang dan Mudah

Haii. Harini didi nak share resipi terlajak bujang iaitu bihun goreng bujang dan mudah. Hahaha klise nya menu kan tapi benda ni la korang senang nak buat hokayy. Jangan malas untuk perut tu hiks.

Bahan-bahannya mudah je. Masa mula-mula nak buat dulu dok pikir renyah nak buat bihun goreng kan. Tapi senang je rupanya. Didi tak suka sayur jadi takde sayur dalam bihun pun hokay. Hahaha

Oke jom check it out bahan-bahan dan cara-cara buat bihun.

Bahan-bahan:

  • Bihun (brand sukahati u olls)
  • Bawang merah besar untuk dihiris
  • Bawang saiz sedang-sedang untuk ditumbuk
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Cili kering di blend (ikut suka nak byk mana. lg byk lg pedas la kan)
  • Udang kering (direndam dulu n baru ditumbuk. setengah genggam pun cukup)
  •  Ikan bilis (direndam dulu n ditumbuk. setengah genggam pun okay)
  • Ayam (ikut nak byk mana hokay. slalu didi buat semua isi ayam n takde tulang)
  • *nak letak daging,sotong,udang pun boleh. 
  • Sayuran (lobak,kobis,kangkung pun boleh)

Cara-cara:

  •  Rendam bihun dan toskan siap2 supaya bihun tak lembik sangat masa nk menggoreng.
  • Tumis bawang yang telah dihiris dahulu
  • Dah naik bau, masukkan pula bawang merah n putih yg dh ditumbuk. Tumis.
  • Dah cantik tumisan tu, masukkan pulak udang kering n ikan bilis. Tumis lagi
  • Masukkan hirisan ayam dan tumis bersama bahan yang ditumbuk
  • Dah agak2 cantik n garing, masukkan pula cili yang telah di blend tadi. Tumis.
  • Sambil tumis cili kering tu, masukkan garam, sikit gula n kicap. Tumis sampai minyak pecah
  • Pastu masukkan bihun yang dh di tos. Goreng sampai rata. Dalam masa yg sama masukkan sekali sayuran dan goreng bersama bihun.
  • Hidangkan. 
Yeayyy dah pun siap. Boleh la dihidangkan bersama yang terchenta.




Friday, January 13, 2017

Resepi Tomyam Mudah dan Simple

Halo. Lama sangat dah meninggalkan alam blog ni. Kini diriku kembali untuk berkongsi resipi bujang yang mudah tapi sedap. Hahaha.

Resipi harini adalah Tomyam Ayam Bujang!! Tapi menu yang korang nak buat mestilah sesuai untuk kanak-kanak makan (kalau ada) seperti tak terlalu pedas. So lets check it out ;)

BAHAN-BAHAN:

1) Ayam 1/4 ekor (dipotong kecik-kecik)

2) Perencah tomyam (selalunya saya pakai cap adabi hee)

3) Daun limau 3 keping

4) Bawang merah besar 1 biji

5) Tomato 1 biji (nak lebih pun takpe bagi merah-merah kuah tu)

6) Serai 2 batang (diketuk hujungnya)

7) Limau kecik-kecik 4 biji (sebab suka masam-masam. yumm)

8) Cili padi 4 - 5 biji (ikut suka nak pedas mana hokay)

9) Carrot dihiris nipis (supaya cepat lembut)

10) Cauliflower

CARA-CARA:

1) Panaskan kuali. Kemudian tumis bawang

2) Dah separuh tumis, masuk ayam yang dah di tos kan airnya. Tumis dgn bawang

3) Masukkan air. Ikut suka nak banyak mana untuk kuah

4) Dah mendidih sikit, masukkan perencah tomyam korang. Kacau.

5) Kemudian masukkan sayuran, serai, cili padi, daun limau. Kacau sikit and biar ia mendidih.

6) Sambil mendidih tu, masukkan garam hokay. Kalau suka manis, letakkan sikit gula. Kacau.

7) Lepas tu perah limau korang untuk rasa masam-masam. Kacau.

8) Last skali masukkan tomato. Tomato kena masuk last supaya tomato tu segar di makan/dihirup bersama kuah tomyam. Yummm.

9) Hidangkan. Yeayy dan boleh la u olls makan.



P/S: Gambar takde. Next time okayy. Hiks